Pengenalan Kepada Program Literasi



PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

PENDAHULUAN


  • National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
  • Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi 
  • (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
  • Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
  • Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
  • Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
  • Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi 
  • dan numerasi normal Tahun 1, 2 dan 3.
  • Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL

Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah 
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru 
pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan 
kemahiran literasi dan numerasi
Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal 
Tahun 1.
Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi 
keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP

— Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan 
mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”

NUMERASITAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3
Nombor BulatMembaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 50Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000
Operasi AsasMenyatakan
fakta asas tambah dan tolak
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (2, 5 dan 10) dan bahagi (2, 5 dan 10)
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (3,4,6,7, 8 dan 9) dan bahagi (3,4,6,7, 8 dan
9)



DEFINISI KONSEP

— Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah 
(dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam 
pembelajaran serta komunikasi harian”

LITERASITAHAP 1


Membaca dan menulis


Menguasai dan memahami minimum
1000 patah perkataan mudah


Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal


Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’)


Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) dalam perenggan


DEFINISI KONSEP

NUMERASITAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3
AplikasiMengenal mata wang Malaysia
hingga RM10
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM100
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM1000
Menyatakan bahagian dalam sehariMenyatakan waktu dalam jam pada muka jam
analog
Menyatakan waktu dalam jam dan minit pada muka jam analog
Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit relatifMengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betulMengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul (cm
sahaja)


MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas 
literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”



OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i.   mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii.  membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii.  membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. 
     dengan menggunakan kata hubung ‘dan’



OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang 
   nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu 
    dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR

Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid 
berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan 
(Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


STRATEGI PELAKSANAAN

Status 

Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan 
(Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan


Jadual Waktu

Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada 
Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu 
dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini. 


Penentuan Murid

Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki 
ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya
Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan kepada empat kelompok utama :
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas menulis
Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas mengira
Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)
Murid mendapat markah 0-9 dan tidak menjalani pemeriksaan doktor boleh dimasukkan dalam 
program ini tetapi tidak dimasukkan dalam kiraan data.
Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan 
daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih
Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan 
pada bulan Oktober


Guru

Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan
Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil 
supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)
Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini 
perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani 
masalah ini.


Kemudahan

Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu
Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P


Penyeliaan dan Pemantauan

Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan 
pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD
GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini
Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan
Pelaporan dibuat setiap 3 bulan


KANDUNGAN PROGRAM

Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid 
yang mengikuti program ini
Skop Modul Literasi
Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah
Skop Modul Numerasi
Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah, tolak, 
darab dan bahagi di samping mengaplikasikannyadalam pengiraan wang sehingga RM100

Bahan dan Instrumen LINUS

Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan 
murid
Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar 
yang bersesuaian dan berkesan
Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif

PELAPORAN

Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan 
pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti


PENUTUP

Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal 
persekolahan.
Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan 
sasaran NKRA’s
Norfatiah Bt Lahat/2011