Standard
Pembelajaran : Murid-murid berupaya untuk menyebut
dan menulis waktu menggunakan jam
analog .
Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran ini,
murid-murid
dapat :
a) menyebut dan menulis waktu dalam jam dengan menggunakan jam analog .
b) menyebut dan menulis waktu dalam
setengah jam dengan menggunakan jam
analog .
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid-murid
telah mengenalpasti setengah dan satu perempat berdasarkan muka jam .
Nilai : Bertanggungjawab
dan menghargai masa .
Bahan Bantu Mengajar : Jam
analog , gambar jam , lembaran kerja.
Langkah pengajaran
:
Set
Induksi ( mengimbas kembali pelajaran yang lepas ) :
·Murid-murid diminta
menyanyikan lagu hari dalam seminggu dan juga nama bulan dalam setahun .
·Murid – murid menyatakan
waktu setengah dan satu perempat berdasarkan muka jam yang ditunjukkan oleh
guru .
·Guru bersoal jawab dengan
murid berdasarkan waktu yang ditunjukkan pada muka jam .
Langkah 1:
·Guru dan murid-murid
bersoaljawab tentang aktiviti harian berdasarkan waktu dalam jam
·Murid-murid dibimbing
mengenalpasti dan menyebut waktu dalam jam dan setengah jam . Murid-murid
dipilih secara rawak menyatakan waktu dalam jam
berdasarkan jam analog yang ditunjukkan .
·Murid-murid dibimbing
mengenalpasti dan menulis waktu dalam
setengah jam. Murid-murid dipilih secara rawak menulis waktu dalam setengah jam berdasarkan jam analog yang ditunjukkan .
Langkah 2:
·Murid-murid dipilih secara
rawak menunjukkan muka jam berdasarkan
pada kad yang ditunjukkan .
·Soaljawab guru dan murid
tentang jawapan yang ditunjukkan oleh murid yang dipilih .
·Guru akan memperbetulkan
kesilapan serta merta yang dilakukan oleh
murid sewaktu menunjukkan muka jam .
Langkah 3:
·Guru mengedarkan Lembaran
Kerja dan minta murid menyelesaikannya.
·Penyemakan dilakukan
bersama-sama.
Penutup:
·Guru membimbing murid
membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
·Guru memurnikan lagi rumusan
yang dibuat oleh murid dan menegaskan
bahawa jarum jam dan jarum minit yang
menunjukkan waktu dalam jam dan setengah
jam adalah perlu tepat .
4. Refleksi
Makro Pengajaran
Bagi pengajaran makro , saya telah memilih topik masa
dan waktu . Saya telah membina
rancangan pengajaran yang teliti dan teratur . Saya memperuntukkan masa 30 minit
dalam pengajaran makro ini .
Saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran saya, kerana ia merupakan satu tanggungjawab
dan amanah dari Allah s.w.t .
Allah s.w.t telah
berfirman didalam al-Quran al-Karim yang bermaksud:“Sesungguhnya kami telah menawarkan
amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang,tetapi mereka
enggan untuk memikulnya dan takut terhadap tanggungjawabnya.manusia mahu
memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh.”
( surah al-Ahzab: 72 )
Untuk memastikan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran ini , saya telah
membahagikan tugasan saya kepada tiga bahagian penting iaitu sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran ( Rancangan
Mengajar ) , semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran ( Refleksi
). Saya telah merancang
rancangan mengajar yang
teliti dan bersesuaian dengan
aras murid serta pengetahuan
sedia ada mereka .
4.1 Kekuatan
Sesi pengajaran dan pembelajaran saya
pada hari ini berjalan dengan baik . Objektif tercapai sepenuhnya . Saya sangat
berpuas hati dari segi kawalan suara . Suara
saya yang jelas , sememangnya memudahkan murid ke arah mencapai objektif pengajaran . Murid-murid
dengan mudah menyatakan waktu dalam jam dan setengah jam menggunakan jam analog
.Suara yang jelas semestinya merupakan suatu aset yang penting bagi seorang
guru . Dengan suara yang jelas ini ,
saya mudah untuk mengawal disiplin di dalam bilik darjah . Murid-murid fokus
dengan apa yang saya sampaikan . Dengan ini, mereka juga menunjukkan minat yang meransangkan semasa
saya menyampaikan sesi pengajaran .
Murid-murid aktif melibatkan diri dalam
aktiviti menyebut dan menulis waktu
dalam angka dan perkataan .
Gambarajah ( bahan bantu mengajar ) yang saya sediakan banyak membantu pengajaran
saya pada hari
ini . Saya merasakan bahan
bantu mengajar yang saya
sediakan ini sememangnya
banyak membantu murid-murid memahami
isi pelajaran . Saya juga
telah menyediakan jam
analog untuk membimbing mereka
mengaitkan isi pelajaran
dengan pengalaman kehidupan
seharian mereka di rumah . Mereka telah dibimbing menyebut
waktu yang betul dengan menggunakan jam analog tersebut .
Selain daripada itu , aktiviti yang
dijalankan juga sangat
menarik minat murid . Semua murid
berlumba-lumba untuk menyatakan
waktu yang ditunjukkan pada
muka jam . Ini menunjukkan
mereka jelas dengan
isi pelajaran yang
saya sampaikan . Strategi penyoalan
saya juga banyak
membantu pengajaran saya pada
hari ini . Saya merancang untuk
menggunakan soalan-soalan yang ringkas
dan mudah difahami
oleh murid. Ini juga
banyak membantu murid-murid
dalam mencapai objektif
pengajaran .
4.2 Kelemahan
Terdapat
beberapa kelemahan dalam
sesi pengajaran saya
pada hari ini . Murid-murid yang
berlumba-lumba untuk memberikan
jawapan sebenarnya mengundang
ke arah masalah kawalan bilik
darjah . Saya telah menyedari
keadaan ini dari awal
lagi dan saya
perlu bertindak dengan
cepat .
Beberapa
orang murid tidak
memberi perhatian semasa
saya membuat penerangan . Mereka leka
bermain sesama sendiri di bahagian
belakang . Ini mungkin disebabkan mereka
tidak berminat dengan
pelajaran yang disampaikan .
Keadaan ini berlaku
semasa saya sibuk
membimbing murid-murid di bahagian
hadapan kelas .
Semasa murid-murid meneruskan
latihan dengan aktiviti lembaran
kerja , masih terdapat murid-murid Kumpulan C yang kurang faham
dalam penyelesaian latihan .
Saya tidak membiarkan
masalah ini berterusan . Saya bertindak membimbing murid-murid
tersebut secara berkumpulan .
Saya
juga merasakan pengajaran
saya pada hari terlalu
cepat dan nampaknya seperti
murid-murid tertekan dengan
apa yang saya
mahukan daripada mereka . Sikap saya seperti ini
mungkin menyebabkan ada
dikalangan murid-murid yang
tidak dapat mengikuti
rentak pembelajaran dengan sepatutnya .
4.3 Langkah Mengatasi
Murid – murid yang
berlumba untuk menjawab soalan yang
saya kemukakan perlu ditegur .Keadaan ini
mengganggu konsentrasi saya dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran . Mereka perlu
diperjelaskan
langkah-langkah yang betul
semasa ini menjawab soalan
yang diberikan . Ini adalah
untuk mengelak daripada
berlakunya keadaan kelas
yang tidak terkawal . Saya akan
memastikan murid-murid perlu
tahu peraturan dengan
jelas semasa ingin
menjawab soalan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran
yang akan datang . Ini adalah untuk
memastikan keadaan disiplin dalam
bilik darjah terkawal .
Bagi
murid-murid yang tidak
jelas tentang latihan
yang diberikan , saya telah
membimbing mereka secara
berkumpulan dan individu .
Saya memberi penerangan
dengan jelas tentang
apa yang sepatutnya
mereka perlu lakukan . Dengan cara ini , murid-murid yang
tidak jelas sebelumnya telah
berjaya menyiapkan latihan
yang diberikan .
Dengan
sikap saya yang
terlalu mendesak murid , saya berharap
pada masa yang akan datang
saya perlu memperbaiki
diri saya agar
murid-murid bersedia sepenuhnya
menerokai apa yang sepatutnya
mereka pelajari . Saya berharap semoga di masa
yang akan datang
saya dapat memperbaiki
mutu pengajaran di dalam bilik
darjah .
Standard
Pembelajaran:Murid-murid berupaya untuk :
i )
membuat pengukuran isipadu cecair menggunakan
unit bukan piawai .
ii)
membanding dua atau lebih isipadu cecair
menggunakan unit bukan piawai .
Objektif pelajaran:Pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran ini,
murid-murid dapat :
a) Membuat pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan
piawai .
b) Membanding isipadu cecair
menggunakan unit bukan piawai .
Pengetahuan
Sedia Ada:Murid-muridtelah mengenalpasti bekas yang dapat mengisi banyak atau sedikit air .
Nilai:Bekerjasama,
kejujuran.
Bahan
Bantu Mengajar:Baldi , Air , Botol , Cawan , Gelas .
Langkah pengajaran:
Set Induksi :
·Guru
menunjukkan dua bekas yang sama saiz .
·Murid
– muriddimintamengenalpastibekas yangmempunyaiisipadu banyak atau sedikit.
·Guru
menunjukkan gambar yang berkaitan dengan isipadu cecair .Murid-murid diminta
bercerita tentang gambar . Guru membimbing muridmengaitkan isi padu dengan dengan kandungan
jus atau susu .
Langkah 1:
·Guru
membimbing murid memahami makna isipadu cecair dengan menunjukkanbeberapa bekas yang mengandungi air . Guru
menunjukkan isipadu yang berbeza dalam setiap bekas .
·Murid-murid
diminta mengenalpasti isipadu air sama ada banyak ataupun sedikit .
·Murid-murid
dimintamengisi air dalam bekas dengan
menunjukkan ( simulasi ) isipadu banyak atau sedikit .
Langkah 2:
·Murid-murid
mendengar penerangan daripada guru mengenai istilah perbandinganisipadu cecair di dalambekas yangsamadanjugatidak sama .
·Guru
menunjukkan cara mengukurisi padudenganbetul- penuh , separuh dan suku
.
Langkah 3:
·Murid
dibahagikan kepada 4 kumpulan . Setiap kumpulan diberi 3 bekas yang berlainan .
·Murid-murid
diminta menyukatisi padu cecairdengan menggunakan bekasyang disediakan dengan menggunakanunitbukanpiawai.
·Setiap
kumpulan diminta menyukatdan
melengkapkanjadual .
Langkah 4:
·Guru
mengedarkan Lembaran Kerja dan minta murid menyelesaikannya.
·Penyemakan
dilakukan bersama-sama.
Penutup:
·Guru
membimbing murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yangdijalankan.
·Guru
memurnikan lagi rumusan yang dibuat oleh murid dan menegaskan
bahawa bekas penyukat yang berbeza akan menghasilkan jawapan yang berbeza .
3.RefleksiPengajaranMikro
Alhamdulillah , syukurkehadratIlahi keranadenganizinNyajua pengajaran mikrosayadapatdilaksanakan dengan jayanya .
Padahariini , sayatelahberjaya untukmenyiapkan rakaman pengajaranmikro . Bagi memenuhitugasan mikro pengajaran ini , saya telah
memilih sub-topikbagiSukatan Geometriiaituisipaducecair . Untuktugasanini , saya telah memilihLangkah 1.
3.1Kekuatan
Sesi pengajaran yangsayajalankanhari ini berjalan dengan
lancar sepertimana yang telah dirancangkan . Murid-murid aktif melibatkan diri
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Suara sayayang lantang dan jelas banyak membantu sesi
pengajaran dan pembelajaran . Dengan adanya suara yang lantang ini ,
murid-muriddapat mendengar denganjelas penerangan yang saya berikan .
Murid-murid jugadapat menumpukan
sepenuh perhatiansemasa sesi pengajaran
dan pembelajaranyang dijalankan .
Selain daripada itu , arahan
yang saya berikan juga jelas dan mudah difahami oleh murid-murid . Dengan ini murid-muridmudah memahami arahan yang saya berikan . Murid-murid sememangnyamemberi fokus semasa sayamenyampaikan pengajaran dengan adanya arahan
yang jelas dan mudah difahami . Ini banyak memudahkan saya menyampaikan isi
pengajaran . Murid-murid dengan jayanya dapat mengenalpasti pengukuran isipadu
cecair dengan menggunakan unitbukan
piawai .
Murid-murid jugaseronokdalam menjalankan
aktiviti yangdijalankan . Mereka dengan
penuh bersemangatmelibatkan diri dalam
aktiviti pengukuran yang menggunakan unit bukan piawai . Mereka juga dengan
mudah mengenalpasti sukatan menggunakan unit bukan piawai .
3.2Kelemahan
Dalam
pengajaran saya hari ini , saya merasakan penglibatan pelajar yang lemah
( Kumpulan C ) sangat pasif . Mereka tidak
yakin dalam menyatakan jawapan . Mereka juga tenggelam dalam kesibukan
murid-murid lain dalam memberikan jawapan . Ini amat merisaukan saya setiap kali
sesi pengajaran dijalankan . Saya seringmengingatkan mereka agartidaklalai semasasayamembuatpenerangan . Selain
daripada itu , terdapat muridyangberebut-rebutsemasaaktivitidijalankan . Walaupun ini merupakan semangat
murid yang ingin tahu dalam aktiviti yang dijalankan , sayapadamulanyabimbangkerana mungkinakanmenggangguperjalanan
pengajaransayayangseterusnya . Aktivitiyangsayajalankanjugakelihatanagak mudahbagimuridyangcerdas.
3.3Langkah Mengatasi
Bagi mengatasi masalah murid
yang pasif ini , sayatelahmemastikan mereka terlibat dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran . Mereka juga telah diberi peluang yang sama dengan
murid-murid lainuntukmelibatkan diri . Saya tidak akan membiarkan
mereka terus tenggelamdalammenguasai pembelajaran . Saya telah
memanggilnamamerekauntukmelibatkan diri dalamaktiviti yang dijalankan . Walaupunmereka inimemberikanjawapanyangkurangtepat , sayatelah membimbingmerekauntukmemberikanjawapanyangtepatdanbetul . Saya juga telah memastikanmuridyangcerdasterusaktif melibatkandiridalamaktivitiyangdijalankan tanpamengabaikanrakanmerekayanglemah . Sayamenyedaribahawa aktivitiiniagakmudahbagimurid-muridyangcergas , namunsayaterpaksaberbuatsedemikiankeranamengambilkira semuaaspekkecerdasanmurid-muriddalamkelasyangsayaajar . Sekiranyasayamengajardenganarasyangterlalu tinggipadapemulaantopik , sayaamatkhuatirmurid-muridyanglemahterusketinggalan . Sayaamatmenyedariperbezaanarasmuridyangadasemasamelaksanakansesipengajarandanpembelajaran .