Monday 5 December 2011

Pengajaran Makro


Bahagian II
PENGAJARAN MAKRO
Tarikh                                     :           20 OKTOBER 2011
Masa                                      :          1120 – 1220
Kelas                                      :          TAHUN 1
Bilangan pelajar                    :          31 orang
Mata Pelajaran                      :          Matematik
Bidang                                    :          Sukatan dan Geometri
Tajuk                                        :          Masa dan Waktu
Standard Kandungan            :          Murid-murid dibimbing untuk:
                                                            5.2   Menyebut dan menulis waktu
Standard Pembelajaran        :          Murid-murid berupaya untuk menyebut dan menulis     waktu menggunakan jam analog .
Objektif pelajaran                  :           Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
                                                            murid-murid dapat :
                                                            a) menyebut dan menulis waktu dalam jam dengan menggunakan jam analog .
            b) menyebut dan menulis waktu dalam setengah jam dengan menggunakan  jam analog .
Pengetahuan Sedia Ada     :           Murid-murid  telah mengenalpasti setengah dan satu perempat berdasarkan muka jam .
Nilai                                        :           Bertanggungjawab dan menghargai masa .
Bahan Bantu Mengajar        :           Jam analog , gambar jam , lembaran kerja.

Langkah pengajaran  :
Set Induksi ( mengimbas kembali pelajaran yang lepas ) :
·                Murid-murid diminta menyanyikan lagu hari dalam seminggu dan juga nama bulan dalam setahun .
·          Murid – murid menyatakan waktu setengah dan satu perempat berdasarkan muka jam yang ditunjukkan oleh guru .
·                Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan waktu yang ditunjukkan pada muka jam .

Langkah 1:
·                Guru dan murid-murid bersoaljawab tentang aktiviti harian berdasarkan waktu dalam  jam 
·                Murid-murid dibimbing mengenalpasti dan menyebut waktu dalam jam dan setengah jam . Murid-murid dipilih secara rawak menyatakan waktu dalam jam  berdasarkan jam analog yang ditunjukkan .
·                Murid-murid dibimbing mengenalpasti dan menulis  waktu dalam setengah jam. Murid-murid dipilih secara rawak menulis  waktu dalam setengah jam  berdasarkan jam analog yang ditunjukkan .
           
Langkah 2:
·                Murid-murid dipilih secara rawak  menunjukkan muka jam berdasarkan pada kad yang ditunjukkan .
·                Soaljawab guru dan murid tentang jawapan yang ditunjukkan oleh murid yang dipilih .
·                Guru akan memperbetulkan kesilapan serta merta yang dilakukan oleh  murid sewaktu menunjukkan muka jam .

Langkah 3:
·                Guru mengedarkan Lembaran Kerja dan minta murid menyelesaikannya.
·                Penyemakan dilakukan bersama-sama.

Penutup:
·                Guru membimbing murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
·                Guru memurnikan lagi rumusan yang dibuat oleh murid dan menegaskan
bahawa jarum jam dan jarum minit  yang menunjukkan  waktu dalam jam dan setengah jam adalah perlu tepat .




4.   Refleksi  Makro Pengajaran
Bagi pengajaran makro , saya telah memilih topik  masa  dan  waktu . Saya telah membina rancangan pengajaran yang teliti dan teratur . Saya memperuntukkan  masa 30 minit  dalam pengajaran makro ini . Saya telah mencuba untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saya, kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t .
Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran al-Karim yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah  menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang,tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadap tanggungjawabnya.manusia mahu memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh.”
( surah al-Ahzab: 72 )

Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan  pembelajaran ini , saya telah membahagikan tugasan saya kepada tiga bahagian penting iaitu sebelum proses pengajaran dan  pembelajaran ( Rancangan Mengajar ) , semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran    ( Refleksi ). Saya  telah  merancang  rancangan mengajar yang  teliti  dan bersesuaian  dengan  aras  murid serta  pengetahuan  sedia  ada  mereka .


4.1   Kekuatan
Sesi pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini berjalan dengan baik . Objektif tercapai sepenuhnya . Saya sangat berpuas hati dari segi kawalan suara . Suara  saya yang jelas , sememangnya memudahkan murid ke arah  mencapai objektif pengajaran . Murid-murid dengan mudah menyatakan waktu dalam jam dan setengah jam menggunakan jam analog .Suara yang jelas semestinya merupakan suatu aset yang penting bagi seorang guru . Dengan suara yang  jelas ini , saya mudah untuk mengawal disiplin di dalam bilik darjah . Murid-murid fokus dengan apa yang saya sampaikan . Dengan ini, mereka juga  menunjukkan minat yang meransangkan semasa saya menyampaikan sesi pengajaran .
Murid-murid aktif melibatkan diri dalam aktiviti  menyebut dan menulis waktu dalam angka  dan perkataan . Gambarajah  ( bahan bantu mengajar )  yang saya sediakan banyak membantu pengajaran saya  pada  hari  ini . Saya merasakan bahan  bantu  mengajar yang saya sediakan  ini  sememangnya  banyak  membantu murid-murid  memahami  isi  pelajaran . Saya   juga  telah  menyediakan  jam   analog untuk  membimbing  mereka  mengaitkan isi pelajaran  dengan  pengalaman  kehidupan  seharian  mereka  di rumah . Mereka telah dibimbing menyebut waktu yang betul dengan menggunakan jam analog  tersebut .
Selain daripada  itu , aktiviti  yang  dijalankan  juga  sangat   menarik  minat murid . Semua  murid  berlumba-lumba  untuk  menyatakan  waktu  yang ditunjukkan  pada  muka  jam . Ini  menunjukkan  mereka  jelas  dengan  isi  pelajaran  yang  saya  sampaikan . Strategi  penyoalan  saya  juga  banyak  membantu  pengajaran saya  pada  hari  ini . Saya merancang  untuk  menggunakan  soalan-soalan  yang ringkas  dan  mudah  difahami  oleh  murid. Ini  juga  banyak  membantu  murid-murid  dalam  mencapai objektif pengajaran .

4.2   Kelemahan
Terdapat  beberapa  kelemahan  dalam  sesi  pengajaran  saya  pada  hari  ini . Murid-murid  yang   berlumba-lumba  untuk  memberikan  jawapan  sebenarnya  mengundang  ke arah  masalah  kawalan bilik  darjah . Saya  telah  menyedari  keadaan  ini  dari awal  lagi  dan  saya  perlu  bertindak  dengan  cepat .
Beberapa  orang  murid   tidak  memberi  perhatian  semasa  saya  membuat  penerangan . Mereka  leka  bermain  sesama sendiri  di bahagian  belakang . Ini mungkin disebabkan mereka  tidak  berminat  dengan  pelajaran  yang disampaikan . Keadaan  ini  berlaku  semasa  saya  sibuk  membimbing  murid-murid  di bahagian  hadapan  kelas .
Semasa murid-murid   meneruskan  latihan  dengan aktiviti  lembaran  kerja , masih  terdapat  murid-murid Kumpulan C  yang  kurang  faham  dalam  penyelesaian latihan . Saya  tidak  membiarkan  masalah  ini  berterusan . Saya  bertindak membimbing  murid-murid  tersebut  secara  berkumpulan .
Saya  juga  merasakan  pengajaran  saya pada  hari  terlalu  cepat dan  nampaknya  seperti  murid-murid   tertekan  dengan  apa  yang  saya  mahukan  daripada  mereka . Sikap saya  seperti ini  mungkin  menyebabkan   ada  dikalangan  murid-murid  yang    tidak  dapat  mengikuti  rentak pembelajaran  dengan  sepatutnya .

4.3   Langkah Mengatasi
Murid – murid  yang  berlumba  untuk   menjawab soalan  yang  saya  kemukakan perlu  ditegur .Keadaan  ini  mengganggu konsentrasi  saya  dalam aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran . Mereka  perlu  diperjelaskan  langkah-langkah  yang  betul  semasa  ini menjawab  soalan  yang   diberikan . Ini  adalah  untuk  mengelak   daripada  berlakunya  keadaan  kelas  yang  tidak  terkawal . Saya  akan  memastikan  murid-murid  perlu  tahu  peraturan  dengan  jelas  semasa  ingin  menjawab soalan  semasa  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  akan  datang . Ini adalah  untuk  memastikan keadaan  disiplin  dalam  bilik  darjah  terkawal .
Bagi  murid-murid  yang  tidak  jelas  tentang  latihan  yang  diberikan , saya  telah   membimbing  mereka  secara  berkumpulan dan  individu . Saya  memberi  penerangan  dengan  jelas  tentang  apa  yang  sepatutnya  mereka  perlu  lakukan . Dengan  cara ini , murid-murid  yang  tidak  jelas  sebelumnya  telah  berjaya  menyiapkan  latihan  yang  diberikan .
Dengan   sikap  saya  yang  terlalu mendesak  murid , saya  berharap  pada masa yang  akan  datang  saya  perlu  memperbaiki  diri  saya  agar  murid-murid  bersedia  sepenuhnya  menerokai  apa  yang  sepatutnya  mereka  pelajari . Saya  berharap semoga  di masa  yang  akan  datang  saya  dapat  memperbaiki  mutu  pengajaran di dalam  bilik  darjah .



No comments:

Post a Comment