Monday 5 December 2011

Pengajaran Mikro

Bahagian I
PENGAJARAN  MIKRO
Tarikh                                        :          17 OKTOBER 2011
Masa                                        :           0930 – 1000
Kelas                                        :           TAHUN 1
Bilangan pelajar                      :           31 orang
Mata Pelajaran                        :           Matematik
Bidang                                      :          Sukatan dan Geometri
Tajuk                                         :           ISIPADU  CECAIR
Standard Kandungan             :           Murid-murid dibimbing untuk:
                                                              Menggunakan unit relatif untuk isipadu ceccair.
Standard Pembelajaran         :          Murid-murid berupaya untuk :
      i ) membuat pengukuran isipadu cecair menggunakan 
           unit  bukan piawai .
     ii) membanding dua atau lebih isipadu cecair  
         menggunakan unit bukan piawai .
Objektif pelajaran                  :           Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,                                                             murid-murid dapat :
                                                            a) Membuat pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai .
            b) Membanding isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai .
Pengetahuan Sedia Ada     :            Murid-murid  telah mengenalpasti bekas yang dapat mengisi banyak atau sedikit air .
Nilai                                        :           Bekerjasama, kejujuran.
Bahan Bantu Mengajar         :          Baldi , Air , Botol , Cawan , Gelas .


Langkah pengajaran  :
Set Induksi :
·      Guru menunjukkan dua bekas yang sama saiz .
·    Murid – murid  diminta  mengenalpasti  bekas yang  mempunyai  isipadu banyak atau sedikit  .  
·   Guru menunjukkan gambar yang berkaitan dengan isipadu cecair .Murid-murid diminta bercerita tentang gambar . Guru membimbing murid  mengaitkan isi padu dengan dengan kandungan jus atau susu .

Langkah 1:
·      Guru membimbing murid memahami makna isipadu cecair dengan menunjukkan  beberapa bekas yang mengandungi air . Guru menunjukkan isipadu yang berbeza dalam setiap bekas .
·      Murid-murid diminta mengenalpasti isipadu air sama ada banyak ataupun sedikit .
·      Murid-murid diminta  mengisi air dalam bekas dengan menunjukkan ( simulasi ) isipadu banyak atau sedikit .
           
Langkah 2:
·      Murid-murid mendengar penerangan daripada guru mengenai istilah perbandingan  isipadu cecair di dalam  bekas yang   sama  dan  juga  tidak sama .
·      Guru menunjukkan cara mengukur  isi padu  dengan  betul  - penuh , separuh dan suku .

Langkah 3:
·      Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan . Setiap kumpulan diberi 3 bekas yang berlainan .
·      Murid-murid diminta menyukat  isi padu cecair  dengan menggunakan bekas  yang disediakan dengan menggunakan  unit  bukan  piawai  .
·      Setiap kumpulan diminta menyukat  dan melengkapkan  jadual .

Langkah 4:
·      Guru mengedarkan Lembaran Kerja dan minta murid menyelesaikannya.
·      Penyemakan dilakukan bersama-sama.

Penutup:
·      Guru membimbing murid membuat rumusan berdasarkan aktiviti yang  dijalankan.
·      Guru memurnikan lagi rumusan yang dibuat oleh murid dan menegaskan
bahawa bekas penyukat yang berbeza akan menghasilkan jawapan yang berbeza .

3.   Refleksi    Pengajaran   Mikro
Alhamdulillah , syukur  kehadrat  Ilahi kerana  dengan  izinNya  jua pengajaran mikro  saya  dapat  dilaksanakan dengan jayanya  . Pada  hari  ini , saya  telah  berjaya untuk  menyiapkan rakaman pengajaran  mikro . Bagi memenuhi  tugasan mikro pengajaran ini , saya telah memilih sub-topik  bagi  Sukatan Geometri  iaitu  isipadu  cecair . Untuk  tugasan  ini , saya telah memilih    Langkah 1.


3.1   Kekuatan
Sesi pengajaran yang  saya  jalankan  hari ini berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancangkan . Murid-murid aktif melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Suara saya  yang lantang dan jelas banyak membantu sesi pengajaran dan pembelajaran . Dengan adanya suara yang lantang ini , murid-murid  dapat mendengar dengan  jelas penerangan yang saya berikan . Murid-murid juga  dapat menumpukan sepenuh perhatian  semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  yang dijalankan .
Selain daripada itu , arahan yang saya berikan juga jelas dan mudah difahami oleh murid-murid . Dengan ini  murid-murid  mudah memahami arahan yang saya berikan . Murid-murid sememangnya  memberi fokus semasa saya  menyampaikan pengajaran dengan adanya arahan yang jelas dan mudah difahami . Ini banyak memudahkan saya menyampaikan isi pengajaran . Murid-murid dengan jayanya dapat mengenalpasti pengukuran isipadu cecair dengan menggunakan unit  bukan piawai .
Murid-murid  juga  seronok  dalam menjalankan aktiviti yang  dijalankan . Mereka dengan penuh bersemangat  melibatkan diri dalam aktiviti pengukuran yang menggunakan unit bukan piawai . Mereka juga dengan mudah mengenalpasti sukatan menggunakan unit bukan piawai .


3.2   Kelemahan
            Dalam pengajaran saya hari ini , saya merasakan penglibatan pelajar yang lemah     
 ( Kumpulan C ) sangat pasif . Mereka tidak yakin dalam menyatakan jawapan . Mereka juga tenggelam dalam kesibukan murid-murid lain dalam memberikan jawapan . Ini amat merisaukan saya setiap kali sesi pengajaran dijalankan . Saya sering  mengingatkan mereka agar  tidak  lalai semasa  saya  membuat  penerangan . Selain daripada itu , terdapat murid  yang  berebut-rebut  semasa  aktiviti  dijalankan . Walaupun ini merupakan semangat murid yang ingin tahu dalam aktiviti yang dijalankan , saya  pada  mulanya  bimbang  kerana mungkin  akan  mengganggu  perjalanan pengajaran  saya  yang  seterusnya . Aktiviti  yang  saya  jalankan  juga  kelihatan  agak mudah  bagi  murid  yang  cerdas  .


3.3   Langkah Mengatasi
Bagi mengatasi masalah murid yang pasif ini , saya  telah  memastikan mereka terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Mereka juga telah diberi peluang yang sama dengan murid-murid lain  untuk  melibatkan diri . Saya tidak akan membiarkan mereka terus tenggelam  dalam  menguasai pembelajaran . Saya telah memanggil  nama  mereka  untuk  melibatkan diri dalam  aktiviti yang dijalankan . Walaupun  mereka ini  memberikan  jawapan  yang  kurang  tepat , saya  telah membimbing  mereka  untuk  memberikan  jawapan  yang  tepat  dan  betul . Saya juga telah memastikan  murid  yang  cerdas  terus  aktif melibatkan   diri   dalam  aktiviti  yang  dijalankan tanpa  mengabaikan   rakan  mereka  yang  lemah . Saya  menyedari  bahawa aktiviti  ini  agak  mudah  bagi  murid-murid  yang  cergas , namun  saya  terpaksa  berbuat  sedemikian   kerana  mengambilkira semua  aspek  kecerdasan  murid-murid  dalam  kelas  yang  saya  ajar . Sekiranya  saya  mengajar  dengan  aras   yang  terlalu tinggi  pada  pemulaan  topik , saya  amat  khuatir  murid-murid  yang  lemah  terus  ketinggalan . Saya  amat  menyedari  perbezaan  aras  murid  yang  ada  semasa  melaksanakan  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran .

No comments:

Post a Comment