Wednesday 5 October 2011

Ciri-Ciri Murid Yang Menghadapi Masalah Matematik

Ada empat aspek :
a. Fizikal
b. Kesihatan
c. Mental / Kecerdasan
d. Emosi dan Sosial
1. Fizikal
Lemah pengamatan pendengaran dan penglihatan
Lambat koordinasi motor-mata-tangan
2. Kesihatan
Tidak hadir ke sekolah
Selalu mengantuk
Selalu keletihan
Kerap diserang penyakit terutama sakit perut dan selsema
Tidur lewat.
3. Mental / Kecerdasan
Tidak boleh menyebut perkataan atau nombor dengan betul
Kadar menyebut, membaca atau menjawab nombor lambat atau langsung tidak boleh
Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat
Tidak boleh mengikuti aktiviti pembelajaran di kelas biasa
Lambat menguasai kemahiran
Lambat dalam mengubah suai pengetahuan mengikut berbagai situasi pelajaran ( penyelesaian masalah )
Lambat memahami atau membentuk sesuatu konsep
Selalu lupa kemahiran yang diajar
Gagal dalam peperiksaan atau ujian
4. Emosi dan Sosial
Sering berasa takut cemas dan benci
Konsep kendiri yang lemah
Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan / stress
Cepat marah
Suka bergaduh
Kerap berbohong
Bertindak liar untuk menarik perhatian
Membela diri secara tidak menentu
Menunjukkan perasaan dengki
Suka termenung / berkhayal / murung
Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti pembelajaran
Malas, kurang minat serta tidak mempunyai semangat untuk membuat latihan matematik
Suka meniru rakan.

No comments:

Post a Comment